Perniagaan sebenarnya mempunyai lebih banyak peluang untuk melaksanakan automasi bagi menyingkirkan proses yang berasaskan tugasan berulang dan manual. Memandangkan Automasi Proses Robotik (RPA) akan mencapai di hampir semua tempat di peringkat antarabangsa, penggunaannya boleh dilihat dalam semua industri.
Tinjauan Deloitte RPA mendedahkan bahawa sebanyak 53% perusahaan sudah menceburi inisiatif RPA. Manakala 19% daripada perusahaan sedang bercadang untuk menggunapakai teknologi ini dalam masa 2 tahun. Selain itu, saiz pasaran RPA dijangka mencapai 23.9 billion menjelang tahun 2030.
10 penggunaan automasi dunia sebenar di seluruh industri
Berikut adalah beberapa industri yang telah berjaya memperoleh manfaat dari pelaksanaan automasi
Perbankan
Institusi perbankan dan kewangan adalah industri yang dikawalselia dengan ketat berserta dengan tugasan yang memerlukan kertas kerja yang membebankan.
Dengan melaksanakan RPA, pihak bank sekarang boleh mengurangkan rutin dan tugasan berulang, menyingkirkan kelalaian manusia, dan meningkatkan kecekapan. Dengan cara ini, bank mampu menyediakan perkhidmatan pantas dan memberikan pengalaman yang lebih lancar untuk para pelanggan dan mengurangkan kos operasi.
KYC (Kenali Pelanggan Anda)
Kajian dari Thomson Reuters menunjukkan bahawa pihak bank telah membelanjakan hampir $60 juta setiap tahun untuk proses KYC. Pelaksanaan RPA dalam KYC penting untuk membantu bank memanfaatkan kecekapan, kualiti dan pematuhan.
RPA boleh digunakan dalam KYC untuk mengesahkan maklumat pelanggan (berstruktur/tidak berstruktur) berdasarkan pelbagai pangkalan data dan platform dengan menginputkan ke dalam CRM perusahaan. Kaedah ini akan mengurangkan kelalaian manusia dan kerja dalam operasi pejabat belakang.
Anti penggubahan wang
Sama juga dengan KYC, AML adalah salah satu proses integrasi dalam industri perbankan. Secara umumnya, keseluruhan proses mengambil masa dari sehari sehingga seminggu menyebabkan cenderung untuk terjadinya ralat dan semakan manual yang mengambil masa yang lama.
Namun, bot RPA boleh melakukan tugasan ini dalam masa 15 minit sahaja seterusnya menjimatkan kos dari pihak bank. Bot akan memantau transaksi dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk pemprosesan lebih lanjut.
Kewangan & Perakaunan
RPA telah digunapakai secara meluas dalam jabatan kewangan kerana keberkesanannya dalam menyingkirkan tugasan berulang, membosankan, dan pejabat belakang. Selain itu, ia senang untuk diintegrasikan bersama model Kecerdasan Buatan (AI) dan pembelajarn mesin untuk melakukan tugasan yang lebih rumit.
Akaun belum bayar dan pemprosesan invois
Kajian SME menunjukkan bahawa 82% daripada jabatan kewangan dibanjiri dengan bilangan invois yang terlalu banyak. Oleh itu, penjimatan masa dan wang adalah pemacu utama untuk automasi akaun belum bayar dan pemprosesan invois.
RPA boleh membantu melancarkan aliran kerja untuk mengimbas invois akan datang dan item baris, dan menambahnya ke ERP. Kemudian, bot akan membuat pengesahan dan menanda sebarang ketidaksepadanan untuk semakan lebih lanjut. Semasa memproses kelulusan, bot akan memajukan invois kepada pihak berkenaan jika pengesahan diluluskan. Tindakan susulan automatik akan mengingatkan mereka untuk tarikh akhir akan datang.
Berikut adalah kisah bagaimana SCSK Europe merealisasikan visi automasi dengan penyelesaian RPA akaBot.
Cabaran
- Beban kerja yang berat untuk jabatan pejabat belakang seperti perolehan, kewangan, pengambilan, pentadbiran, dsbg. untuk mengurus pelbagai projek dari 14 buah cawangan domestik & 7 buah cawangan antarabangsa
- Tekanan dalam menyampaikan hasil kerja dengan kecekapan dan ketepatan yang tinggi untuk perkhidmatan terbaik walaupun dalam tempoh puncak (hujung bulan/ suku tahun/ tahunan)
Penyelesaian
Berdasarkan pengalaman dan kepakaran dalam IT, SCSK akhirnya sedar bahawa RPA mungkin adalah kunci kepada permasalahan ini. Walaubagaimanapun, syarikat ini masih berusaha untuk mencari titik permulaan. Dengan kolaborasi yang berpanjangan selama bertahun-tahun, SCSK memilih akaBot untuk merealisasikan visi automasinya.
Hasil
Dengan kolaborasi bersama akaBot, SCSK Europe berjaya mengautomasi 6 proses dalaman (pejabat belakang). Selain itu, SCSK juga melaksanakan akaBot untuk 2 klien dalam industri Kimia & Pertanian (Pengumpulan data produk & Automasi proses kelulusan kredit).
- 75% pelaporan hujung bulan dikurangkan
- 85% masa pemprosean berjaya dijimatkan
- 4 minggu automasi pantas
Pematuhan peraturan dan pelaporan
Pematuhan dengan peraturan adalah aspek kritikal dalam pelaporan kewangan. Dengan RPA, kumpulan kewangan boleh menjamin pelaporan yang mengikut masa ditetapkan dan berwawasan yang kekal stabil dan integriti dalam sistem kewangan.
Sistem pacuan RPA boleh mengautomasi tugasan termasuk memantau dan menganalisis data di beberapa sistem dan aplikasi, mengesan penyelewengan dan keabnormalan pematuhan, dan menyampaikan pemfailan kewangan kepada pihak berkuasa yang mengawalselia. Organisasi yang menggunakan RPA boleh menjimatkan masa, mengurangkan kerja manual, dan mengurus rangka kerja kawal selia yang sentiasa berubah-ubah.
Pengilangan
Pengeluaran: Bil bahan (BOM)
Bil bahan (BOM) atau struktur produk adalah pelan tindakan penting untuk pengilangan sesuatu produk. BOM mengandungi senarai semua bahagian dan bahan yang diperlukan untuk membina satu produk akhir.
Bot RPA akan menggabungkan bersama IDP (Pemprosesan Dokumen Cerdas) untuk mengekstrak jumlah pesanan produk dan menghitung kuantiti yang diperlukan untuk setiap barang dengan tepat. RPA juga boleh memastikan bahawa semua dokumentasi komponen disimpan di tempat yang dikhususkan dan menimbulkan pengecualian untuk pengguna jika berlaku kehilangan maklumat.
Pengurusan inventori
Pengurusan inventori adalah proses menjejak inventori dari pembelian kepada PoS (Titik Jualan). Walaubagaimanapun, proses ini dalam industri pengilangan memerlukan kertas kerja yang banyak.
Dengan melaksanakan RPA, pengilang boleh menjejak maklumat masa sebenar tentang tahap inventori dan mengelakkan atau mengehadkan risiko kekurangan stok. Dengan bantuan AI, organisasi boleh menjangka inventori dengan betul dan konsisten dan boleh membuat keputusan yang lebih baik mengikut data terdahulu.
Peruncitan
Ramalan permintaan
RPA akan membolehkan peruncit untuk menjana ramalan permintaan yang tepat seterusnya memanfaatkan proses membuat keputusan yang lebih baik. Kajian dari Capgemini mendedahkan bahawa dengan memanfaatkan automasi dalam ramalan permintaan akan meningkatkan ketepatan ramalan sebanyak 30%.
Bot RPA boleh mengumpul, mengurus, dan mengekstrak data masa sebenar dari pelbagai dokumen. Algoritma AI dan Pembelajaran Mesin lanjutan kemudiannya boleh digunapakai untuk menjana ramalan permintaan yang tepat dan mengikut masa. Kemudian, peruncit boleh menggunakan RPA untuk menghantar maklumat penting berdasarkan analisis yang dibuat kepada pengurus gudang, pembekal, dan pelanggan untuk membuat keputusan yang lebih baik.
Pemprosesan invois
Pemprosesan invois adalah tugasan yang memakan masa dan berulang. Jika RPA dilaksanakan dalam peruncitan, pemprosesan invois menjadi lebih pantas dan bebas dari kelalaian manusia.
RPA boleh memantau invois akan datang, mengekstrak data relevan dari invois, dan memasukkan data invois dalam pangkalan data berpusat. Selain itu, AI dan Pembelajaran Mesin dimanfaatkan untuk membuat semakan silang invois terhadap pesanan pembelian dan memberi isyarat relevan jika berlaku perbezaan.
Kajian kes di bawah akan mendedahkan bagaimana sebuah perniagaan beroperasi dalam industri peruncitan mampu mencapai kejayaan ketara dengan menggunakan akaBot iaitu sebuah penyelesaian automasi di Vietnam.
Cabaran
- 1.8M invois setiap tahun dengan 100% pemprosesan secara manual
- 75 orang akauntan sepenuh masa (180,000 jam kerja setiap tahun) untuk pemprosesan invois
- Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi dalam Kumpulan Perkhidmatan Kewangan dan Perakaunan
Sebagai sebuah syarikat peruncitan yang terkemuka di Asia, Central Retail di Vietnam (CRV) menghadapi beban kerja yang berat untuk memproses 1.8 juta invois setiap tahun yang mengambil masa 180,000 jam kerja untuk 75 orang pekerja sepenuh masa dalam kumpulan perkhidmatan Kewangan dan Perakaunan. Selain itu, tugasan yang menjemukan ini mungkin akan meningkatkan lagi kadar pusing pekerja setiap tahun.
Penyelesaian
CRV telah memutuskan untuk menggunapakai penyelesaian RPA akaBot bagi mengautomasi invois pembekal yang sepadan dengan sistem penjejakan barang.
Hasil
- Automasi 75% proses padanan invois
- Mengurangkan masa operasi sebanyak 50%
- Kelajuan pemprosesan invois meningkat secara berganda berbanding dengan pemprosesan manual sebelum ini iaitu bersamaan dengan 1.8 juta invois/setiap tahun
- Jimat 90,000 jam/tahun
- Jimat $500,000 dalam masa 5 tahun
Insurans
Kajian McKinsey menunjukkan bahawa industri insurans telah memanfaatkan RPA untuk automasi pelbagai proses pengoperasian. Lebih daripada 25% industri ini dijangka akan menggunapakai automasi untuk memproses tuntutan, tugasan menaja jamin, dan aktiviti pemfailan insurans yang lain menjelang tahun 2025.
Pemprosesan tuntutan
Pemprosesan tuntutan memerlukan syarikat insurans untuk mengurus sejumlah besar maklumat menyebabkan kurangnya kecekapan dan fleksibiliti dan akan menjejaskan pengalaman pelanggan.
Penggunaan RPA dalam memproses tuntutan akan memudahkan pengumpulan dan pengesahan maklumat pemprosesan tuntutan dari pelbagai sumber. Bot RPA akan automasi pengurusan dokumentasi tuntutan dan mengesahkan tuntutan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan. Kemudian, bot cerdas akan menghantar tuntutan kepada jabatan yang dikehendaki untuk penilaian dan pemprosesan lebih lanjut.
Menaja jamin
Dengan menggunakan RPA, syarikat insurans akan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber termasuk kerugian, kesihatan, dan data kewangan terdahulu dan menilai risiko yang berkaitan dengan menaja jamin dan harga. Syarikat insurans akan mengambil kesempatan terhadap penilaian ini untuk memberikan pilihan harga yang bersesuaian. Hal ini akan menjurus kepada pengoptimunan proses menaja jamin supaya pelanggan akan memperoleh kadar dan polisi dengan cepat sesuai dengan keperluan mereka.
Baca lagi: 5 Jangkaan Trend Teknologi Insurans untuk Tahun 2024
Ringkasan
Automasi semakin menembusi di segenap industri. Pelaksanaan automasi berpotensi besar untuk membuat transformasi perniagaan, memberikan manfaat seperti meningkatkan prestasi, produktiviti, meningkatkan pertumbuhan dan mengurangkan kos. Teknologi ini sememangnya satu pencetus perubahan. Masa depan akan lebih terbuka dengan peluang luas untuk teknologi ini.
Automasi Cerdas (IA) adalah langkah seterusnya dalam RPA tradisional dengan mengintegrasikan kebolehan kognitif Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin (ML), visi computer, dan Pemprosesan Bahasa Semulajadi (NLP). Penyelesaian canggih ini akan membolehkan organisasi untuk automasi lebih banyak tugasan yang lebih rumit, membantu automasi proses perniagaan dari hujung ke hujung dan melengkapkan transformasi digital. Pada tahun 2024, Automasi Cerdas dijangka akan digunapakai di beberapa industri vertikal.
Rujukan
Kickstart Your Automation Expedition With RPA Use Cases Across Industries
43 Back Office Automation Examples in 2024: RPA, WLA, AI/ML